Ibu Zain the Musical : Emas Tempawan

Ibu Zain MaTiC PC @ The Star Online TV

Ibu Zain Matic @ Chopie's www.lemon9.com

Friday, April 10, 2009

Heartiest Congratulations to Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir


YB Dato’
PER: UCAPAN TAHNIAH DI ATAS PELANTIKAN SEBAGAI TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya maka negara kita berada di dalam keadaan aman dan damai.
Begitu juga harapan kami semoga YB Dato’ dan keluarga berada di dalam pelindungan dan keberkatan dari Dia Yang Maha Esa.
Sesungguhnya, YB Dato’, kami di Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) dan semua kerabat Produksi Teater Muzikal Ibu Zain ingin mengucapkan TAHNIAH dan rasa bangganya terhadap pelantikan YB Dato’ sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Tahinah YB Dato’.
Kami juga berharap semoga YB Dato’ dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan ikhlas demi agama, bangsa dan negara.
Sekian.
Terima Kasih.
Yang Benar,
SITI ROHAYAH ATTAN
Presiden PPWM

Kumpulan Drama Pentas Rosminah Tahir

AVAILABLE NOW!!


Title: Kumpulan Drama Pentas Rosminah Tahir
Author: Rosminah Mohd Tahir
Publisher: CTRA Production
Pages: 156
Genre: Theatre Script
Content: Ibu Zain the Musical
Monodrama Alim
Monodrama Kopi Pangku
Mahsuri
Price: RM 25 + postal*
Payment mode: Bank-in, Cheque, Bank Draft, Money Order under recipient "CTRA
PRODUCTION"
Address: 38-1B, Jalan 2, Batu Caves Centre Point, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia.
Contact: Tel/Fax: (+6)03-61866592 @ 012-2977220
Email: ctraproduction@yahoo.com
Bank: RHB 21244200014488
*Postal (POSLAJU) rate: Klang Valley RM 5
Peninsular Malaysia RM 6
Sarawak RM 8.5
Sabah RM 9

** FREE DELIVERY for orders above 20 copies within KLANG VALLEY.

Saturday, April 4, 2009

RESTAGING IBU ZAIN THE MUSICAL IN MTC, 13-22 MARCH 2009

Thank you all for such a tremendous support in the previous stagin of Ibu Zain, the Musical in Istana Budaya (August 2008). For those of you who missed the first staging, or have that special longing to watch our casts in action again, here's the good news.

YES! WE ARE RESTAGING IN KUALA LUMPUR! This time round, in Malaysia Tourism Centre (MaTiC), KL. Mark you calanders, set a date with Ibu Zain, a musical which will bring you back to an era which marks the beginning of freedom for our nation. Well said, when we the way we're heading, look back at where we come from.




Venue: Malaysia Tourism Centre (MaTiC), KL
Dates: 13 - 22 March 2009.
Time: 8.30 pm/ 3.00 pm

Tickets: RM 20, 30 & 50
Contact: 03-6186 6592


Stay tune with us for more updates on this. Cheers!


Organizers:

Collaboration:


Monday, March 23, 2009

Tickets / Seating Plan for Ibu Zain the Musical, MaTiC

Please click image for larger view

Special offer for RM 50 seats: Inclusive of a program book worth RM 10 & light refreshment during intermission.


13-22 March: 8.30 pm
21 & 22 March: Extra Matinee show @ 3.00 pm

For Tickets Reservation, kindly contact
012-2977220 / 03-6186 6592
alphaevents@hotmail.com

Wednesday, March 11, 2009

FULL HOUSE (21&22 March)

Thanks to all of you for your tremendous support. The tickets for 21 & 22 March (8.30pm) have been fully SOLD OUT. For those of you who are interested to watch this performance and have yet to get your tickets, HURRY UP and GRAB YOURS NOW!

Tickets hotline: 012-2977220 or 03-6186 6592

Tuesday, March 3, 2009

Royal Guest of Honour

DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong

Tuanku Nur Zahirah

22 March 2009, 8.30 pm

Sunday, March 1, 2009

Ibu Zain MaTiC Media Conference


Date: 4 February 2009

Time: 2.30 pm

Venue: Bilik Sidang Media, Istana Budaya, KL.

Patron: YB. Dato' Mukhriz Tun Mahathir
(PEACE MALAYSIA Coordinator)

Tuesday, February 17, 2009

Ibu Zain MaTiC @ Sinar Harian

18/2/09: Muzikal Ibu Zain kembali di MTC
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story2458077.asp

SAMBUTAN hangat dari peminat seni teater tanah air terhadap Teater Muzikal Ibu Zain yang pernah dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, pada Ogos tahun lalu mendorong teater ini dipentaskan sekali lagi. Bermula 13 hingga 22 Mac depan, teater yang mengetengahkan jasa dan budi serta perjuangan tokoh wanita yang bernama Ibu Zain ini akan dipentaskan pula di Pusat Pelancongan Malaysia (MTC), Kuala Lumpur. Teater yang dianjurkan oleh Persatuan Penulis Wanita Malaysia, (PPWM) dan AMAN Malaysia ini turut mendapat kerjasama dari CITRA Production, Istana Budaya, MTC, ASWARA dan De’Media & Event Entertainment. “Keringat dan perjuangan Ibu Zain amat penting diketahui oleh generasi hari ini supaya mereka memahami erti Negara Bangsa yang sebenarnya. Jika tokoh seperti ini tidak diangkat dalam agenda seni, ia tentu akan dilupai begitu saja dari lipatan sejarah dan memori masyarakat negara ini,” kata Siti Rohayah Attan, selaku penerbit teater tersebut yang ditemui pada sidang media di Istana Budaya baru-baru ini.
Penampilan istimewa Natasha Hudson & Datuk Jalaluddin Hassan
Teater arahan Rosminah Mohd Tahir ini masih diterajui pelakon utama seperti Liza Othman, Nur Fatimah Abd Wahab, Tengku Iezahdiyana Nurhanie Tengku Alauddin dan Nurul Syariza Nor Azim sebagai Ibu Zain, Datuk Rahim Razali, Avaa Vanja, Mazin Ameen Siraj, Zaefrul Nordin, Tania Zalina, Sherry Syed Abdullah serta ramai lagi pelakon lain. Turut membintangi teater ini ialah Datuk Jalaluddin Hassan dan Datin Natasha Hudson yang julung kalinya akan beraksi di pentas teater. “Untuk pementasan kali ini, saya rasa semua pelakon dah pun bersedia lagipun kita masih mengekalkan banyak pelakon asal. Kita juga berharap dengan kemunculan Datuk Jalaluddin Hassan sebagai Pandak atau Ungku Umar dan Datin Natasha Hudson sebagai Miss Ruth bagi menggantikan tempat Catriona Ross dapat memberi impak yang lebih baik pada teater ini. “Dari segi kualiti set dan peralatannya, di MTC ini lebih ekonomi berbanding di Istana Budaya dulu. Kalau dulu kita kena keluarkan kos sehingga RM900,000 untuk buat pementasan di IB, tapi kali ini kita hanya keluarkan separuh sahaja kos. “Penari juga dikurangkan kerana dewan pementasan di MTC tidaklah sebesar di IB. Kalau dulu kita guna 40 penari, tapi kali ini sudah memadai dengan 20 penari. Malah pentas ini juga lebih dekat dengan penonton,” kata Siti Rohayah

Sunday, February 15, 2009

Ibu Zain MaTIC @ Murai.com


20/2/09: Sampai Bila Teater Harus Mengemis



Masalah dana atau kewangan seringkali membantutkan usaha penggiat teater tempatan untuk mementaskan karya baru terbitan atau arahan mereka.Kemelut ini turut membelenggu Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM). Biarpun sudah berjaya mementaskan serta menerbitkan lebih kurang 20 teater di seluruh Malaysia termasuklah Lantai T.Pinkie, Nyonya, Dejavu serta Anugerah, namun mereka sendiri terpaksa berhadapan dengan kesukaran untuk mendapatkan penajaan.Terbaru, PPWM bakal menjayakan pula pementasan kedua teater Muzikal Ibu Zain di Pusat Pelancongan Malaysia (MTC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 13 - 22 Mac ini.Sekali lagi mereka terpaksa berhadapan dengan cabaran yang sama. Bukan tidak ada syarikat atau badan korporat seperti Yayasan Al-Bukhary, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Naza, Puncak Niaga, Tenaga Nasional serta United Engineers Malaysia (UEM) yang menghulurkan sokongan serta bantuan sebelum ini, namun sampai bila?
Presiden PPWM, Siti Rohayah Attan atau Roy sewaktu diwawancara berkata, bagi mengatasi masalah yang seringkali membelenggu karyawan teater ini, dia ingin mencadangkan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan (KPKKW) untuk mewujudkan satu skim atau dana khusus bagi aktivis teater."Skim atau dana ini lebih kurang sama seperti dana filem untuk karyawan filem menerusi Finas. Setidak-tidaknya dengan adanya dana itu, aktivis teater tidak perlu lagi menumpang belas kasihan daripada peruntukan Istana Budaya atau Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara."Selama ini, aktivis teater sering dibantu oleh 2 agensi di bawah KPKWW ini dari sudut mengurangkan kos penyewaan dewan milik KPKKW, kemudahan tempat latihan, kemahiran krew, kepakaran teknikal serta beberapa perkara lain."Soalnya sampai bila bantuan seperti ini akan diberikan sedangkan kedua-dua agensi ini juga mempunyai komitmen mereka yang tersendiri. Saya percaya sudah tiba masanya untuk kerajaan memikirkan secara seruis tentang hal ini."Lagipun, kalau ditanyakana kepada penggiat teater lain, mereka sebenarnya sudah penat mengemis untuk mencari dana yang bukannya sedikit. Sekali, 2 kali atau 3 kali mungkin syarikat atau korporat akan membantu tetapi akhirnya mereka pun penat juga untuk menghulur," katanya.Menurut Roy lagi, mementaskan teater bukanlah satu kerja atau tugasan yang kecil kerana ia memerlukan kreativiti minda serta kerja berpasukan yang ramai, selain bajet yang besar."Sewaktu mementaskan Muzikal Ibu Zain di Istana Budaya pada Ogos la;u, kos keseluruhannya mencecah sebanyak RM1 juta, manakala Lantai T Pinkie yang dipentaskan pada 2006 pula menelan belanja sebanyak RM1.2 juta."Kali ini, dengan 10 hari persembahan Muzikal Ibu Zain di MTC, ia memerlukan kos sebanyak RM300,000. Ini adalah kos paling minimum yang digunakan bagi sebuah pementasan besar yang melibatkan hampir 100 tenaga pekerja."Semuanya ini tidak mungkin akan dicapai sekiranya tidak ada sokongan daripada pelbagai pihak untuk menjadi penaja dan setahu saya, di Malaysia, belum ada lagi produksi teater yang meraih keuntungan dengan hanya berdasarkan kepada jualan tiket."Saya pasti, belum ada. Sebaliknya, hasil jualan tiket itulah yang mungkin akan digunakan untuk menampung 20 hingga 30 peratus kos keseluruhan pembikinan bagi sesebuah pementasan teater," katanya lagi.Jelas Roy lagi, dia berharap semua pihak akan dapat memikirkan perkara ini sedalamnya."Walaupun kita tidak seharusnya menjadi masyarakat subsidi lagi tetapi kita juga harus berfikir tentang usaha untuk memartabatkan budaya bangsa. Bagaimana pula dengan teater yang berkepentingan nasional dan menampilkan tokoh politik yang telah berjuang untuk memerdekakan negara. Apakah ini tidak penting?"Fikirkanlah juga, mengapa pelakon utama teater di Istana Budaya hanya dibayar RM6,000 hingga RM8,000 untuk persembahan selama 10 malam dengan latihan selama 60 hari?"Bandingkan dengan pelakon utama drama yang memperolehi RM6,000 hingga RM8,000 untuk shooting selama 7 hari saja? Orang kata teater lebih gah dan brprestij tetapi itulah fenomena sebenarnya. Ia hanya gah pada nama tetapi miskin dari sudut bantuan atau dana khas," katanya.Muzikal Ibu Zain yang membariskan nama besar seperti Datuk Rahim Razali, Datuk Jalaluddin Hassan, Datin Natasha Hudson, Liza Othman, Hamzah Tahir dan Nurfatima ini turut mendapat sokongan daripada Istana Budaya, Matic, Aswara serta De' Media & Event Entertainment
8/2/09: Natasha Akui Sedih Pernah Kena Boikot
http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=3437&c=1&s=1
Oleh: Ellyna Ali

KUALA LUMPUR, 8 FEB 2009: Kisahnya lebih kurang sama dengan Fasha Sandha - pernah dilanda kontroversi dan diboikot wartawan hiburan tempatan. Semuanya gara-gara tidak membenarkan mereka membuat liputan di majlis perkahwinannya bersama Dato' Shahrin Zahari di Carcosa Seri Negara, satu ketika dulu.Sewaktu hendak mempromosikan buku puisinya, My Heart, My Soul, My Passion serta Puisi Indah Si Pari-Pari, dia sanggup tebalkan muka untuk berjumpa dengan wartawan hiburan bagi mendapatkan publisiti.Itulah Datin Natasha Liana Hudson yang kini sudah pun dikurniakan seorang anak bernama Nessa Halena, 8 bulan.Ketika ditemui baru-baru ini, aktres yang pernah membintangi filem Chermin, Sumolah serta Tipu Kanan Tipu Kiri itu mengakui bahawa peristiwa diboikot wartawan hiburan dulu adalah kenangan yang cukup pedih buat dirinya.
"Sewaktu kejadikan itu berlaku, saya lebih gemar mengambil sikap berdiam diri dan tidak mahu beri apa-apa komen. Rasanya lebih baik begitu kerana saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk menanganinya."Tapi ada sebab kenapa saya buat begitu (tidak benarkan wartawan membuat liputan majlis perkahwinannya). Terlalu banyak sangat benda yang berlaku pada diri saya ketika itu. Saya bercerai dan kemudian berkahwin lagi. Ia bukan saja hal yang terlalu peribadi buat diri saya tapi cukup sensitif buat keluarga saya. "Lama-kelamaan keadaan sudah jernih semula. Mungkin sebab saya tahu bagaimana untuk berhadapan kembali dengan wartawan. Saya sedar semua orang buat silap dan saya telah belajar kesilapan saya itu," katanya.Pemenang Aktres Harapan Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-20 menerusi Chermin ini juga bakal muncul dengan pementasan musim kedua teater muzikal Melayu pertama iaitu Ibu Zain.Diarahkan sekali lagi oleh Rosminah Tahir, Ibu Zain terbitan Persatuan Penulis Wanita Malaysia serta Aman Malaysia ini menampilkan Natasha sebagai Miss Ruth iaitu watak yang pernah dibawakan Catriona Ross dalam pementasan musim pertama tahun lalu."Terus-terang saya katakan saya memang rasa berdebar-debar apabila ditawarkan untuk berlakon dalam teater muzikal ini. Sebelum ini saya hanya berpengalaman berlakon teater di pentas sekolah saja."Tapi, apabila difikirkan balik, saya rasa rugi juga kalau saya lepas peluang ini sebab saya memang sudah lama teringin berlakon teater. Saya bukan saja mahu memperbaiki mutu lakonan saya tetapi ingin melihat sejauh mana kemampuan saya beraksi secara langsung di depan penonton."Secara peribadi saya memang sukakan sejarah. Waktu di sekolah dulu, sejarah adalah antara subjek yang menjadi kegemaran saya dan saya kagum dengan Ibu Zain sebagai tokoh wanita," katanya yang membuat latihan 5 jam sehari.Digandingkan bersama nama-nama besar dalam dunia teater seperti Datuk Rahim Razali, Datuk Jalaluddin Hassan, Hamzah Tahir, Zaefrul Nordin serta Liza Othman, Natasha mengakui dia agak gementar apatah lagi apabila terpaksa menyanyi 2 lagu."Saya turut meminta bantuan Kak Liza Othman. Saya mahu cuba bersungguh-sungguh kerana tidak mahu kecewakan Catriona Ross dan Melissa Saila. Merekalah yang mencadangkan nama saya sebagai Miss Ruth kepada produksi teater ini," katanya.Teater Ibu Zain yang bakal dipentaskan pada 13 - 22 Mac ini di MTC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur itu turut mendapat sokongan daripada Istana Budaya, Matic, Aswara serta De' Media & Event Entertainment.

Thursday, February 12, 2009

Ibu Zain MaTiC @ Berita Harian

17/3/09: Watak kecil, kesannya besar
Oleh Rozdan Mazalan
rozdan@bharian.com.my


GANDINGAN tiga pelakon berbakat ini memantapkan persembahan Teater Muzikal Ibu Zain.
Tiga pelakon puas hati jayakan Teater Muzikal Ibu Zain yang dipentaskan dari 13 hingga 22 Mac MISS Shellebear adalah watak mubaligh Kristian yang pernah mencetus kontroversi kerana ramai yang mempersoalkan kepercayaan agama bekas kumpulan Elite, Avaa Vanja Ramli selepas menyaksikan pementasan teater Muzikal Ibu Zain tahun lalu. Kini pementasan yang mengangkat tokoh wanita terulung itu sedang dipentaskan sejak 13 Mac lalu hingga 22 Mac, di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Sudah tentu isu mengenai pembabitan gadis berusia 29 tahun ini bakal dibangkit kembali dan Avaa tetap bersedia menjawab persoalan yang cuba ditimbulkan bagi mereka yang tidak memahami peranannya sebagai pelakon. “Saya sedaya-upaya cuba melakukan yang terbaik pada kerjaya saya. Saya hanya melakonkan watak yang diberikan oleh pengarah mengikut kebolehan dan bakat yang di lihat dari saya. “Bagi saya lakonan hanyalah ilusi yang cuba diterjemahkan melalui skrip ke atas pentas. Saya sangat berharap orang ramai melihat sendiri watak yang dibawa oleh saya dan jawapannya pasti ditemuinya,” katanya.
Mengenai watak Miss Shellebear, Avaa berpuas hati dengan peranan yang diberikan pengarah Rosminah Tahir. “Watak saya sama saja dan tiada ada langsung perubahan daripada sebelum ini. Tetapi apa yang pasti kemungkinan cara penyampaian saya menjadi lain sedikit kerana kali ini saya bergandingan bersama Natasha Hudson yang menggantikan Catriona Ross. “Memang setiap pelakon harus mengenali siapa pasangannya. Bagi saya juga, Natasha adalah pelakon berbakat dan saya tidak ada masalah digandingkan dengannya,” katanya yang mula berlatih sejak 10 Februari lalu. Bagi Datin Natasha Hudson pula, dia memang sudah lama memasang impian untuk beraksi di pentas teater dan akhirnya tercapai juga selepas dihubungi penerbit teater itu Siti Rohayah Atan.
“Minat saya dalam bidang seni bukan saja kepada lakonan filem dan televisyen. Sebelum ini saya tidak pernah berkesempatan untuk menguji bakat saya dalam bidang teater walaupun sebelum ini banyak tawaran. “Saya memerlukan masa untuk berfikir disebabkan sayang untuk meninggalkan anak. Akhirnya selepas mendapat nasihat daripada keluarga dan kawan-kawan, saya menerima watak Miss Ruth yang sebelum ini pernah dibawakan oleh Catriona Ross,” katanya. Natasha yang memiliki Sarjana dalam Rekaan Grafik di The One Academy, Sunway dan Performing Arts School, Chicago mengakui tidak terlalu mengharapkan mendapat peranan kecil memandangkan ini adalah kali pertama dirinya terbabit dalam bidang teater. “Dapat membawa tiga babak saja dalam teater ini sudah memadai disebabkan saya sangat baru dalam bidang teater,” katanya. Penyanyi dan komposer wanita, Nur Fatimah Abdul Wahab yang masih mengekalkan watak sebagai Ibu Zain dewasa secara keseluruhan seronok apabila pengarah masih memilihnya untuk membawakan watak itu. “Secara keseluruhan watak saya tidak berubah. Pengarah hanya mahu dialek Johor harus dipertingkatkan lagi. Walaupun ini kali kedua saya membawakan watak Ibu Zain, namun saya juga harus bekerja keras seperti pelakon lain. “Bagi saya ini kerja berkumpulan dan kerja teater ini memerlukan komitmen yang tinggi untuk mencapai satu kejayaan. Saya berkorban melakukan ini untuk diri saya dan untuk produksi sendiri. Selain menghafal skrip, saya juga akan menyanyi lebih kurang tujuh lagu secara ‘live’ dan ini adalah cabaran saya,” katanya. Teater anjuran Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) dan Aman Malaysia dengan kerjasama Akademi Seni, Budaya dan Warisan (Asra), Istana Budaya, CTRA Production, MaTiC, De'Media dan Event Entertainment turut menamakan nama besar dalam bidang lakonan seperti Datuk Rahim Razali, Liza Othman, Datuk Jalaluddin Hassan, Nurul Elfira Loy, Nurul Syariza Nor Azim, Hamzah Tahir, Sherry Syed Abdullah, Farah Adila Apandi, Mazin Ameen Siraj dan Zuhairi Ibrahim. Info Avaa Nama Sebenar: Avaa Vanja Ramli Panggilan: Avaa Tarikh Lahir: 18 Jun 1980 Usia: 28 tahun Tempat Lahir: Ampang, Selangor Kerjaya: Penyanyi, pelakon dan pengacara Status: Bujang Rancangan TV: Pop TV, Bintang Anugerah 2001 (RTM), Thumb TV dan Thumb Express Info Natasha Nama Sebenar: Natasha Liana Hudson Usia: 26 tahun Tarikh Lahir: 9 September 1982 Tempat Lahir: Ipoh, Perak Pendidikan: Sarjana dalam Rekaan Grafik di The One Academy, Sunway dan Performing Arts School, Chicago Profesion: Model, pengacara, pelakon dan penulis buku Iklan: Nesquick, McDonald's, Pantene, Ambi Pur dan L'Oreal Rancangan TV: Fesyen TV, Girls Club, Kediaman Idaman Drama: Pei Pan & Rahsia Cemara Filem: Dayang, Chermin, Sumolah dan Tipu Kanan Tipu Kiri Info Nur Nama sebenar: Nur Fatimah Abd Wahab Tempat lahir: Ipoh, Perak Tarikh lahir: 22 Julai 1982 Profesion: Penyanyi, pencipta lagu, penulis lirik, penerbit Album: Selembut Sutera, Gadis Teater: Muzikal Ibu Zain Info
Teater Muzikal Ibu Zain diterbitkan oleh Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) dan Aman Malaysia yang dinaungi Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, mendapat kerjasama CTRA Production, MaTiC, Aswara, Istana Budaya, De'Media dan Event Entertainment.
Dipentaskan sejak 13 Mac lalu hingga 22 Mac di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur.
Tiket bagi menyaksikan berharga RM20, RM30 dan RM50.
Keterangan lanjut layari www.ibuzain.blogspot atau telefon 03-6186 6592, 012-2977220 dan 017- 2004249.

24/02/09: Ibu Zain ke Biografy Channel?
Oleh Zainuri Misfar zainuri@bharian.com.my


PERSEMBAHAN Teater Muzikal Ibu zain.

AETN minat terbit dokumentari ketokohan wanita pejuang NAMPAKNYA usaha untuk mengangkat ketokohan Tan Sri Zainun Munsyi Sulaiman bukan hanya sekadar di pentas teater, malah ia akan bergerak lebih jauh lagi. Kehebatan tokoh politik, pendidikan dan persuratan itu yang dikenali sebagai Ibu Zain itu akan dibawa ke peringkat lebih global.
Ini kerana sudah ada usaha penerbitnya untuk menjadikannya sebuah dokumentari yang akan ditonton jutaan penonton seluruh dunia. Dengan cara itu, perjuangan tokoh yang dilahirkan di Nyalas, Melaka pada 1903 akan diketahui masyarakat antarabangsa. Penerbit teater Muzikal Ibu Zain, Siti Rohayah Attan, berkata sudah tiba masanya generasi hari ini mengorak langkah lebih aktif bagi menyanjung tokoh yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Sanjungan itu pula menurutnya, sudah tidak lagi sesuai hanya pada peringkat sekolah, universiti, penerbitan buku atau hanya pementasan teater. Satu langkah baru harus diatur agar semangat dimiliki oleh pejuang terbabit terus hidup bersama bangsanya.

“Baru-baru ini kerajaan melalui Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan AETN All Asia Network (AAAN) bernilai RM3 juta bagi menghasilkan penerbitan dokumentari mengenai sejarah, jenayah dan penyiasatan serta biografi. “Program ini mengenai realiti kehidupan Malaysia, rakyatnya dan tempatnya termasuk tokoh yang berjasa bagi membangunkan Malaysia. Ia dikatakan sebagai kaedah terbaik untuk menceritakan kebenaran mengenai Malaysia. “Justeru, saya berasakan Ibu Zain adalah antara tokoh agung yang layak untuk dibariskan dalam program itu. Tidak ada sebab, kita menafikan kehebatan tokoh ini dalam sejarah negara,” katanya yang sudah menerbitkan Muzikal Ibu Zain di Istana Budaya, Ogos tahun lalu. Tiga program itu akan ditayangkan menerusi History Channel, Crime and Investigation Network dan Biography Channel yang boleh ditonton dalam siaran televisyen berbayar, Astro. Ia akan disiarkan dalam 20 bahasa ke 138 negara.




ANTARA babak menarik membabitkan Rahim dan Liza dalam teater Muzikal Ibu Zain.


Bagi tujuan itu katanya, CTRA Production dan Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) selaku penganjur teater Muzikal Ibu Zain sedang bekerjasama dengan sebuah syarikat penerbitan filem bagi merealisasikan cita-cita itu. “Saya amat berharap semoga Finas dapat memberi ruang kepada kami untuk meletakkan ketokohan seorang pejuang di tempat sewajarnya. Lagi pula, kami sudah mengadakan penyelidikan yang panjang lebar mengenai Ibu Zain. “Kita akan menerbitkan buku mengenai beliau tetapi usaha ini akan lebih berbaloi sekiranya ia diberikan sentuhan yang pelbagai iaitu dari teks ke teater dan kemudian ke kaca televisyen,” jelasnya yang mengakui sudah mempunyai bahan lengkap bagi penerbitan yang berbentuk dokumentari. Tanpa berselindung penerbit yang sudah membabitkan diri lebih 15 tahun dalam bidang teater dan penerbitan drama ini mengakui mempunyai cita-cita lebih besar terhadap karya dan arahan Rosminah Mohd Tahir itu. “Kami mahu mengangkatnya sebagai sebuah karya yang bercerita mengenai bangsa Melayu, Malaysia yang dibangun daripada keringat dan air mata yang bukan sedikit. “Kami juga mahu lihat Ibu Zain dalam filem dan usaha ke arah itu akan dirancang secara perlahan-lahan supaya hasil yang akan diterima membanggakan semua pihak termasuk keluarga Allahyarham Ibu Zain,” tambahnya. INFO: Teater muzikal Ibu Zain
Teater Muzikal Ibu Zain Musim Kedua dipentaskan dari 13 hingga 22 Mac ini di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Tiket berharga RM20, RM30 dan RM50.
Diarahkan Rosminah Tahir.
Antara pelakonnya ialah Datuk Rahim Razali, Liza Othman, Datuk Jalaluddin Hassan, Datin Natasha Hudson, Ava Vanja, Nur Fatimah Abdul Wahab, Nurul Elfira Loy, Zuhairi Ibrahim, Hamzah Tahir, Sheery Abdullah, Farah Adila Apandi, Najua Nasir P.Ramlee, Rasdi Daud, Mazin Ameen Siraj dan 60 pelakon lain.
Keterangan lanjut boleh menghubungi 03-61866592 atau layari http://www.ibuzain.blogspot.com/.










Natasha Hudson

Sokongan suami, keluarga dan rakan membuatkan Natasha teruja beraksi dalam teater muzikal arahan Rosminah Tahir HATINYA agak berat untuk meninggalkan anak tersayang yang membesar di depan mata sejak lapan bulan lalu demi meneruskan minatnya terhadap bidang seni. Malahan kalau dibiar berenggang sesaat pun, pasti hati si ibu jelita ini resah gelisah. Tambahan pula, anak perempuan comel bernama Nessa Helena, 8 bulan ini adalah anak sulungnya dan hampir setiap detik, kalbu rindu pasti mencengkam jiwa. Namun peluang berharga untuk melebarkan sayap buat kali pertama ke pentas teater yang mungkin hanya singgah sekali dalam seumur hidup, membuatkan pelakon dan model jelita berdarah campuran Melayu dan Australia ini mengubah keputusannya.
Demikianlah gambaran perasaan Datin Natasha Hudson apabila nekad menerima tawaran berlakon teater muzikal Ibu Zain arahan Rosminah Mohd Tahir. Berani mengambil risiko biarpun agak sukar membuat keputusan pada mulanya, calon Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-20 menerusi filem Chermin ini sedar peluang yang menjelma di depan mata bukan selalu ada. Apabila penerbit teater ini, Siti Rohayah Atan menghubunginya penghujung Januari lalu bagi menawarkan watak Pengetua di Sekolah Perempuan Methodist Melaka, Miss Ruth, dia bagaikan tidak percaya dan berasakan semua ini hanyalah mimpi kosong. Isteri kepada usahawan dan ahli politik, Datuk Shahrin Zahari ini pada mulanya memang berbelah bahagi untuk mempertimbangkan watak yang ditawarkan kepadanya. Biarpun peranannya hanya diperlukan untuk tiga babak saja, saat keemasan ini tidak sesekali dipersiakan.
Tidak salah andai dikatakan, wajah dan bakatnya mampu menjadi pelaris untuk menghangatkan pementasan teater ini. “Saya memang sudah lama memendam hasrat untuk melangkah ke pentas teater bahkan minat ini sudah mula bercambah semasa saya di bangku sekolah lagi. Ia semakin membara dan menjadi-jadi apabila saya memilih jalan seni. Ketika saya menuntut pengajian Performing Arts School di Amerika Syarikat pun saya mula berjinak-jinak dengan dunia teater. “Ahli keluarga dan teman rapat mempersoalkan kenapa saya harus menolak tawaran itu. Suami juga turut beri sokongan 100 peratus dan atas keizinan dia, saya mencabar diri untuk menjadi Miss Ruth. Dia (suaminya) menggalakkan saya untuk terus menunjukkan bakat yang ada dan bertemu peminat. “Cerita teater ini mengenai seorang tokoh terkenal tanah air bernama Tan Sri Zainun Munshi Sulaiman. Saya kena buat penyelidikan yang betul supaya tidak tersasar penyampaiannya. Saya tidak berpeluang menonton persembahan teater ini pada tahun lalu, jadi saya hanya menontonnya kembali menerusi blog dan banyak bertanya termasuklah kepada Catriona Ross yang memegang watak ini pada tahun lalu. Malah, Catriona Ross termasuk Melissa Saila yang mencadangkan nama saya sebagai ganti,” katanya yang harus bertutur bahasa Malaysia dengan slanga dan pelat Inggeris gara-gara watak Miss Ruth.Teater mengasah kemampuan berlakon MENGAKUI sangat teruja untuk ke pentas teater, dia yakin dengan sokongan pelakon lain yang sangat menyokong antara kekuatan untuk dia terus memberikan lakonan yang terbaik. “Saya sedar impak berlakon teater cukup besar kerana ia antara medium terbaik untuk mengasah bakat menjadi pelakon yang baik. Keupayaan melontarkan vokal dengan baik dengan tuntutan emosi yang perlu boleh dipraktikkan untuk lakonan drama dan filem. “Saya juga perlu membina keyakinan diri untuk berdepan dengan penonton secara langsung. Tambahan pula watak ini juga memerlukannya melontar suara untuk menyanyi. Sebelum ini pun saya menyanyi untuk album runut bunyi filem Tipu Kanan Tipu Kari, setidak-tidaknya ia menjadi asas dan pengalaman berguna untuk saya. “Setiap gerak geri kita diperhatikan dan kalau tersilap melontarkan dialog, tiada istilah ‘cut’ yang akan keluar seperti berlakon dalam drama dan filem. Di sinilah akan menguji pelakon teater untuk menutup kelemahan yang ada. Ia memberi cabaran baru kepada saya untuk terus mengasah kemampuan berlakon,” katanya yang berkahwin buat kali kedua dengan suaminya pada 29 Julai 2007. Menyingkap mengenai pengalamannya bergelar ibu, kata Tasha yang pernah mengacarakan Fesyen TV, ia memang satu pengalaman yang agak memenatkan, namun agak berbaloi untuk dikenang. Selama melahirkan anak, dia memilih untuk memberi tumpuan kepada rumah tangga hingga terpaksa mengecewakan beberapa pihak produksi yang ingin menggunakan khidmatnya sebagai pelakon. Katanya, selepas bergelar ibu dan isteri orang, dia sentiasa peka dengan tanggungjawab yang harus ditunaikan. Lebih selesa mengambil tawaran berlakon tidak terlalu kerap pada tempoh masa yang rapat, Natasha bagaimanapun tidak terlalu suka merancang dan andai ada tawaran berlakon pada masa mendatang, dia akan cuba mempertimbangkan sewajar mungkin mengikut kesesuaian masa. Sesi latihan raptai teater ini akan bermula 10 Februari dan selama sebulan juga Natasha akan memberi tumpuan kepada pementasan teater yang akan dipentaskan di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MTC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur dari 13 hingga 22 Mac depan. Berminat untuk membeli tiket dengan harga RM20, RM30 dan RM50 boleh menghubungi talian: 03- 61866592 Teater muzikal Ibu Zain pernah dipersembahkan pada Ogos tahun lalu di Istana Budaya. Selain Natasha, Datuk Jalaluddin Hassan, Hamzah Tahir dan Zuhairi Ibrahim antara muka baru yang diperkenalkan pada pementasan kali kedua ini. Beberapa pelakon asal seperti Catriona Ross, Hisham Ahmad Tajuddin dan Shahronizam tidak dapat bersama kerana terlebih dulu terikat dengan komitmen kerja lain.
Profil Nama Penuh: Natasha Liana Hudson
Usia: 26 tahun Tarikh Lahir: 9 September 1982
Tempat Lahir: Ipoh, Perak
Pendidikan: Sarjana dalam Rekaan Grafik di The One Academy, Sunway dan Performing Arts School, Chicago Profesion: Model, pengacara, pelakon dan penulis buku
Iklan: Nesquick, McDonald's, Pantene, Ambi Pur dan L'Oreal
Rancangan TV: Fesyen TV, Girls Club, Kediaman Idaman Drama: Pei Pan & Rahsia Cemara Filem: Dayang, Chermin, Sumolah dan Tipu Kanan Tipu Kiri
Suami: Datuk Shahrin Zahari Anak: Nessa Helena



NURFATIMAH masih dikekalkan sebagai Ibu Zain peringkat dewasa, di samping pelakon cilik.


Pementasan teater diadakan di Pusat Pelancongan Malaysia pada 13 hingga 22 Mac
BIAR berdepan dengan masalah mendapatkan penajaan untuk mementaskan teater hinggakan isu itu sering dibangkitkan, ia tidak menjadi batu penghalang kepada aktivis teater untuk terus menyemarakkan dunia seni dengan mempersembahkan khazanah berharga ini. Apalah sangat yang boleh diharapkan dengan kutipan jualan tiket yang hanya mampu menampung 20 hingga 30 peratus saja daripada kos keseluruhan dan bukan semua produksi yang mementaskan teater mengharapkan untung semata-mata. Pendek kata, cukuplah sekadar memberi pulangan modal, janji warisan seni ini tidak terus mati ditelan dek zaman.
Atas paksi itu juga, Teater Muzikal Ibu Zain kembali lagi dipentaskan pada 13 hingga 22 Mac depan melalui penganjuran Persatuan Penulis Wanita (PPWM) dan Aman Malaysia. Bersesuaian dengan kemelut kemanusiaan yang melanda rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dan senario politik di negara kita, Aman Malaysia terpanggil untuk sama-sama terbabit kerana naskhah Ibu Zain memperhalusi dunia politik, pendidikan dan pelbagai aspek lagi yang perlu dititik berat dalam usaha memastikan keamanan negara terus dijaga. Selain itu, sambutan yang diterima terhadap pementasan teater ini tahun lalu mendorong ia dipentaskan buat ke sekian kalinya. Difahamkan kutipan tiket yang berjaya dibuat untuk tempoh 10 hari persembahan teater ini tahun lalu adalah sebanyak RM115,000 dengan kos keseluruhan RM1 juta





MAMPUKAH Natasha Hudson memberikan impak kepada lakonannya sebagai Miss Ruth

Malah, pengarah dan penulis skripnya, Rosminah Mohd Tahir memberitahu ada cadangan untuk membawa pementasan teater ini secara bergerak atau kembara ke seluruh Malaysia. Bagaimanapun, projek yang mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Johor dan Yayasan Warisan Seni Johor ini masih dalam peringkat perbincangan. Sepatutnya ia sudah dimulakan sejak Disember tahun lalu namun atas beberapa sebab, ia belum dapat dilaksanakan lagi. “Alang-alang yang dirancang masih tertangguh, kami sepakat mementaskannya buat kali kedua di lokasi berbeza dan bukan lagi di Istana Budaya (IB). Lagipun jadual di IB penuh dan masa yang dirancang tidak kena, lalu kami memilih Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MTC) sebagai ganti. Pemilihan bulan Mac juga bersesuaian dengan kehangatan Persidangan Umno yang bakal berlangsung,” katanya sewaktu ditemui pada majlis sidang media teater ini pada 4 Februari lalu. Memilih MTC, ia menjadi cabaran besar kepada produksi ini membawa dari satu pentas yang besar ke pentas yang lebih kecil ruang lingkupnya. Masih dipentaskan selama 10 hari, seperti tahun lalu, kos dikurangkan ke RM350,000. Ia adalah kos paling minimum yang digunakan bagi pementasan ini yang memerlukan hampir 100 tenaga kerja. Masih mengekalkan 100 peratus corak penceritaan yang sama seperti tahun lalu kerana teater ini berlandaskan kisah benar yang tidak boleh ada perubahan dari segi fakta. Perubahan lokasi ini yang boleh memuatkan sekitar 400 orang juga membuatkan penonton akan lebih dekat dan mesra kerana jarak pentas agak dekat dengan mereka.



MUKHRIZ sewaktu merasmikan teater Ibu Zain di Iistana Budaya sambil diperhatikan tenaga penting di sebalik pementasan teater.“Jika di IB kita ada tiga hingga empat pentas yang boleh bertukar-bertukar, tapi tidak di MTC yang hanya ada satu pentas. Kami akan meminimumkan pentas ikut kesesuaian. Dengan kos yang ada juga kita memerlukan set baru, bayaran tenaga kerja dan kemudahan lain. Kita masih mengekalkan kostum yang ada dan pelakon pun hanya tiga, empat orang saja yang bertukar. Sesuai dengan saiz pentas yang lebih kecil, kita juga mengurangkan pelakon contohnya 40 orang penari dikurangkan menjadi 20. “Di MTC juga kebanyakan aspek dan kerja dilakukan secara manual. Mikrofon juga tidak digunakan dan pelakon perlu kelantangan vokal sendiri untuk memastikan ia didengar penonton. Begitu halnya dengan mekanisme dan aspek teknikal tertentu yang dilakukan tanpa teknologi yang canggih seperti di IB. Set pun bertukar secara manual dan saya mungkin akan menggunakan latar belakang berbeza yang boleh ditolak-tolak,” katanya yang tidak melihat perihal manual ini sebagai penghalang daripada terus mempersembahkan teater ini. Mengenai Datin Natasha Hudson, Rosminah sendiri melihat potensi dan bakatnya untuk terus diasah. Malah, kata Rosminah sendiri, model itu juga cepat mesra dengan pelakon lain, tidak mewujudkan jurang antara mereka dan cepat menyesuaikan diri dengan skrip. Selain Natasha menggantikan Catriona Ross untuk memegang watak Miss Ruth, Datuk Jalaluddin Hassan juga terpilih menggantikan Hisham Ahmad Tajuddin untuk watak Pandak/Ungku Umar. “Adik saya Hamzah Tahir menggantikan Mazlan Tahir memegang watak Syed Sheikh Al Hadi dan Zuhairi Ibrahim dipertanggungjawabkan watak Yunus yang asalnya dilakonkan oleh isteri kepada Safura, Shahronizam. Selain itu, pelakon yang memegang watak Ibu Zain di usia muda juga bertukar. “Sebelum rezeki berpihak kepada Natasha, memang pihak kami ada menawarkan watak itu kepada Juliana Banos. Namun disebabkan tiada jawapan pasti daripadanya, maka akhirnya Natasha yang dipilih,” katanya. Majlis pelancaran teater ini disempurnakan Datuk Mukhriz Tun Mahathir selaku Penyelaras Aman Malaysia dan bertindak sebagai Penaung Teater Muzikal Ibu Zain. Satu sesi sketsa pendek yang dipetik daripada teater ini turut dipersembahkan kepada tetamu dan rakan media yang hadir. INFO: Teater Muzikal Ibu Zain 2Sesi latihan raptai teater ini akan bermula 10 Februari dan selama sebulan dan akan dipentaskan di di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MTC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur dari 13 hingga 22 Mac depan bermula jam 8.30 malam.Datin Natasha Hudson, Datuk Jalaluddin Hassan, Hamzah Tahir dan Zuhairi Ibrahim antara muka baru yang diperkenalkan pada pementasan kali kedua ini. Begitu juga dengan watak Ibu Zain semasa remaja yang digantikan dengan pelakon lain. Beberapa pelakon asal seperti Catriona Ross, Hisham Ahmad Tajuddin dan Shahronizam tidak dapat bersama kerana terlebih dulu terikat dengan komitmen kerja lain.Pelakon Liza Othman bagaimanapun masih mampu terbabit dengan teater ini biarpun pada mulanya ada komitmen lain.Mendapat paduan kerjasama CTRA Production, Istana Budaya, MTC, ASWARA dan De’ Media & Event Entertainment.Berminat menonton teater ini dengan harga tiket RM 20, RM 30, RM 50 boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian: 03-61866592.

Wednesday, February 11, 2009

Ibu Zain MaTiC @ Kosmo!


6/2/09: Natasha tidak kenal Ibu Zain
Oleh JESSABELL SOO

Memang teater adalah sesuatu yang baru bagi saya tetapi saya ingin mencuba. Diharap dengan latihan selama sebulan dan bantuan pelakon lain, saya mampu berdiri di atas pentas tanpa perasaan bimbang dan takut. – NATASHA HUDSON


DATIN Natasha Hudson pada tahun lalu pernah menyuarakan hasratnya untuk menjadi suri rumah tangga sepenuhnya masa selepas melahirkan anak sulungnya, Nessa Helena yang kini sudah berusia 8 bulan.Bukan kecewa dengan dunia hiburan tetapi Natasha ingin meluangkan lebih masa bersama anaknya itu.Namun, selepas menjalani hidup baru sebagai seorang ibu, model dan aktres berusia 27 tahun ini berasa sedikit bosan dan merasakan dirinya perlu melakukan sesuatu.Dia yang tidak pernah berpisah dengan anaknya buat jangkamasa yang panjang telah mengambil risiko untuk kembali bekerja, walaupun masih menyusukan anaknya."Suami saya yang menyokong saya untuk keluar bekerja. Mungkin dia tidak tahan dengan saya yang asyik menelefonnya sepanjang masa kerana bosan."Kalau saya tidak berlakon pun, saya akan lakukan benda lain. Saya cuma tidak mahu menjadi suri rumah tangga seratus peratus," tutur Natasha ketika ditemui pada sidang media mempromosikan teater muzikal Ibu Zain di Istana Nudaya baru-baru ini.Isteri kepada Datuk Shahrin Zahari itu mengakui tanggungjawab sebagai ibu amat berat. Namun, dia bukannya merungut. Baginya, semua pengorbanan yang dilakukan adalah berbaloi."Nasib baik saya ada menghabiskan masa lapan bulan bersama Nessa dan melihat dia membesar. Jika tidak, saya akan melepaskan peluang menyaksikan perkara pertama yang berlaku dalam hidupnya."Memang kini saya tidak boleh bangun lewat seperti masa bujang. Saya perlu bagi makan dan minum, mandikan serta tidurkan Nessa. Namun, disebabkan perasaan cinta, saya tidak kisah walaupun susah," tambahnya yang kelihatan lebih kurus sekarang


Merupakan cucu pertama bagi keluarga kedua-dua pihak, Nessa menjadi kesayangan ramai. Maka, ada sebabnya mengapa Natasha yang ingin aktif semula hanya memilih untuk berlakon dalam teater sahaja. Katanya, masa latihan dan pementasan teater lebih fleksibel."Sebelum ini saya ada menolak banyak tawaran lakonan kerana berasa berat hati untuk meninggalkan Nessa."Saya menerima tawaran teater ini kerana saya sudah bersedia dari segi mentaliti dan saya masih boleh meluangkan masa bersama anak saya."Lagipun tempat latihan akan dijalankan di Malaysia Tourism Centre (MaTiC) Jalan Ampang yang dekat dengan rumah saya," jelasnya yang mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos 2007.Merindui zaman berlakon filem, Natasha bagaimanapun tidak tergesa-gesa untuk menerima tawaran filem baru. Dia yang tidak suka merancang merelakan apa yang bakal ditawarkan pada masa akan datang. Jika mempunyai masa terluang, dia akan menerimanya."Siapa tahu mungkin selepas pementasan ini saya akan berasa penat dan ingin berehat lagi. Jadi biarlah dulu. Saya bukannya orang yang suka merancang sangat," ujarnya yang akan menyampaikan dua buah lagu dalam teater muzikal Ibu Zain.
Pertama kali di pentas teaterMelakonkan watak Miss Ruth, Natasha menggantikan Catriona Ross (Cat) yang kini sibuk dengan penggambaran filem. Dirinya yang belum pernah berlakon teater baru menerima tawaran itu pada 30 Januari lalu untuk menjayakan pementasan semula teater muzikal Ibu Zain.Sedang mempelajari wataknya menerusi skripnya, Natasha sendiri terkejut apabila dipelawa oleh pengarahnya, Rosminah Mohd Tahir untuk terlibat sama.

"SEBAGAI Miss Ruth dalam pementasan teater Ibu Zain, Natasha dituntut menunjukkan bakat nyanyiannya."
Belum sempat menyaksikan pementasan sebelumnya, pelakon jelita itu mempunyai masa selama sebulan untuk berlatih. Namun, dia risau dirinya akan dibandingkan dengan Catriona kerana ini merupakan percubaan pertamanya."Pada mulanya saya sendiri tidak tahu siapa Ibu Zain. Kemudian saya bertanya kepada suami dan dia memberitahu bahawa Ibu Zain seorang legenda negara. Ditambah dengan sokongan keluarga dan kawan-kawan, saya membuat keputusan untuk mencuba."Memang teater adalah sesuatu yang baru bagi saya tetapi saya ingin mencuba. Diharap dengan latihan selama sebulan dan bantuan pelakon lain, saya mampu berdiri di atas pentas tanpa perasaan bimbang dan takut," kata Natasha mengenai produksi yang bakal menelan bajet RM350,000.Merasakan teater lebih mendekati realiti berbanding filem, Natasha menyukai muzikal kerana dia suka menari dan menyanyi. Teater Ibu Zain padanya adalah peluang terbaik untuk menimba pengalaman baru kerana teater meninggalkan impak besar."Teater bukannya seperti filem yang boleh dilakonkan semula. Jadi saya perlu berlakon dengan bersungguh-sungguh. Lagipun saya amat meminati teater dan pernah berlakon dalam teater semasa belajar di Amerika Syarikat," katanya yang akan memulakan raptai bermula 10 Februari ini.

Bukan sahaja perlu mempelajari cerita serta sejarah Ibu Zain, Natasha juga perlu menguasai lenggok badan dan bahasa Malaysia."Saya dipilih kerana watak itu memerlukan seorang gadis kacukan yang fasih berbahasa Malaysia. Maka saya perlu memperbaiki Bahasa Malaysia saya dan nasib baik Cat ada memberikan sedikit sebanyak nasihat kepada saya," ujarnya mengenai teater yang diarahkan oleh Rosminah.Teater muzikal Ibu Zain akan memulakan pementasan bermula 13 Mac sehingga 22 Mac di (MaTiC) Jalan Ampang, pukul 8.30 malam dengan harga tiket RM50, RM30 dan RM20.Sebarang keterangan lanjut mengenai pementasan yang turut dilakonkan oleh Liza Othman, Datuk Rahim Razali, Nur Fatimah, Datuk Jalaluddin Hassan dan Mazin Ameen itu, sila hubungi MaTiC di talian 03-6186 6592

Ibu Zain Matic @ New Straits Time






12/2/09: Finding Natasha Hudson

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/Features/20090212213537/Article/indexF_html
By : HIZREEN KAMAL


Natasha

HIZREEN KAMAL speaks to the actress who left screen acting to look after her first child and is now making a comeback in a totally new medium – theatre.

SHE “disappeared” from the industry for nearly eight months to care for her toddler, Nessa Helena Shahrin. Without a hint of a comeback, many thought she would continue enjoying the bliss of being a full time wife and mother.Recently, however, model and actress Datin Natasha Hudson re-emerged claim to she would continue her acting career. Her comeback is a theatre production that marks her stage debut.What makes this even more special is her role as Miss Ruth (a Caucasian headmistress) in Ibu Zain, which was played by Catriona Ross when the play was first staged at Istana Budaya last year.Ibu Zain: The Musical is based on the life of Tan Sri Zainun Munshi Sulaiman, fondly known as Ibu Zain, a Malayan independence fighter.This time around, it runs for 10 days, from March 13, at the Malaysia Tourism Centre in Jalan Ampang, Kuala Lumpur.“I missed acting very much. This will let others know that I am back!” Natasha said.With no experience in theatre, the Ipoh native is somewhat apprehensive and views this as a great opportunity to try something new.Some may view her as mere replacement for Catriona who is busy shooting a feature film and could not commit to this production. But Natasha does not mind.“Catriona proposed my name to the producer (Siti Rohayah Attan). I don’t see the issue of being second choice a problem. What is important is that I deliver and let the audience evaluate me.”Natasha said that when she first got the call from Siti Rohayah two weeks ago, she could not believe her ears.“I was a little apprehensive, but with help from the rest of the cast, I am getting the hang of things,” she said.Her husband Datuk Shahrin Zahari has given his okay for her to take up acting again.She previously starred in Cermin, a horror movie, and a musical comedy titled Tipu Kanan Tipu Kiri.Shahrin is an Umno member and can relate to the early struggles of the party.“He encouraged and even insisted that I accept the offer. “He probably hopes that when I go back to work, I would stop bothering him,” she joked.Natasha is excited over the role.“Though an Englishwoman and a Christian, Miss Ruth did not support the British but helped Ibu Zain. To her, education and women’s political rights are pertinent issues that should be fought for,” said Natasha. “I just have to be careful and make sure of my British accent,” she said. “I think acting in theatre is more demanding as there is no one calling out ‘cut’ in the middle of a scene,” said Natasha, fondly known as Tasha.“Everything has to be spot-on and lines have to be spoken clearly,” she said. “I also get stage fright and I hope this production will help me deal with it.Natasha has only three scenes, but the fact that she has been offered a spot in Ibu Zain the Musical means a lot to her.To prepare, she has been researching on Miss Ruth, looking up various historical books and watching the musical’s first staging.Her role calls for acting and singing. “It’s different from what I have attempted on the silver screen and so, I am a bit excited, Natasha confessed.“This is another branch of art that I intend to be good at. I am savouring the experience and hopefully, I’ll be able to do more theatre after this,” she added.During the last eight months, Natasha has received a number of offers to act in films and dramas, but she had been reluctant to leave her eight-month-old behind.“My life has changed for the better with Nessa. I am happy and there are times when I can’t believe that I am a mother! I may have more commitments and responsibilities, but I am enjoying every bit of it.”









Rosminah, director and scriptwriter.

THERE are plans to stage Ibu Zain the Musical around the country. The production relives the life and times of Tan Sri Zainun Munshi Sulaiman, who was a teacher and author.

Director and scriptwriter Rosminah Mohd Tahir has received many requests for stagings from several parties.Currently, talks are underway with the Johor government to bring the production to Johor Baru.After all, a production like Ibu Zain: The Musical, with its elements of history, patriotism and the struggle for independence, should be watched by everyone, she said.“For that, the team behind the musical is busy constructing the set with the right props and backdrop to make it more economical for travelling.”Presented by the Malaysia Women’s Writers Association (MWWA) and Aman Malaysia, with Aman co-ordinator Datuk Mukhriz Mahathir as its patron, it is hoped that with the second staging, more people will be able to enjoy the production.The new venue at the Malaysia Tourism Centre is a far cry from the sprawling four-stage setting of Istana Budaya (when it was first staged there in August), so the production team will have to get used to the new setup.“Istana Budaya was huge and the sets could be effortlessly changed with just a press of the button. But in MTC, there is only one stage.“We need to be creative and pay more attention to the backdrop so that one can be utilised for several scenes,” she said.This time around, the production cost is only RM300,000, compared to RM900,000 for the first staging of the musical. Rosminah said the cast would not be using microphones, and the number of dancers would be halved because of the smaller stage.While there may be minor changes to cast line-up, acclaimed dramatist and actress Liza Othman continues to reprise her role as Ibu Zain.Others in the 40-strong cast include Datuk Rahim Razali, Datuk Jalaluddin Hassan, Avaa Vanja, Mazin Ameen Siraj and Zaefrul Nordin.“Public response was overwhelming the first time around, with at least 900 theatre-goers each night.The production collected RM115,000 in ticket sales.”Producer Siti Rohayah Attan, who is also president of MWWA, said that stories with historical elements would continue to be relevant.The script was written to bring to light the contribution and struggles of Ibu Zain, so that she would be remembered by the younger generation.“If a luminary like her goes unnoticed, her struggle for the country’s independence would have been in vain,” she said.MWWA has always supported the theatre scene, having staged some 20 theatre productions in the Klang Valley, Kedah, Perak and Negri Sembilan.Among the more memorable ones are Lantai T. Pinkie: The Musical, Nyonya, Dejavu and Anugerah.Tickets are priced at RM20, RM30 and RM50. Call 03-6186-6592.






02/08/09: ‘Ibu Zain’ returns
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Monday/Features/20090208172747/Article/indexF_html




(From left) Liza, Nur Fatimah, Tengku Iezahdiyana and Nurul Syariza play Ibu Zain at different ages.


IBU Zain, the musical tribute to one of the country’s “First Ladies” in the struggle for independence, returns to the stage from March 13-22 at the Malaysia Tourism Centre in Jalan Ampang, Kuala Lumpur.It is presented by the Women’s Writers Association of Malaysia and Aman Malaysia, with Aman co-ordinator Datuk Mukhriz Mahathir as its patron.First staged in August last year at Istana Budaya, Ibu Zain once again stars acclaimed dramatist and actress Liza Othman in the title role, an affectionate moniker for former Wanita Umno Chief Tan Sri Zainun Munshi Sulaiman.Liza, who also played Zainun in the film 1957 — Hati Malaya, shares the role of the women’s activist and freedom fighter with Nurul Syariza Nor Azim, Tengku Iezahdiyana Nurhanie Tengku Alauddin and songwriter Nur Fatimah Abdul Wahab. They play Zainun at different ages in her life.Others in the 40-strong cast include Datuk Rahim Razali, Datuk Jalaluddin Hassan, Datin Natasha Hudson, Zaefrul Nordin, Hamzah Tahir, Avaa Vanja Ramli and Mazin Ameen Siraj.Ibu Zain is produced by Siti Rohayah Attan and written and directed by Rosminah Tahir with Nik Nizam Jaafar as music director.Zainun, a founding member of Umno in 1946, served as its Wanita Chief for four years and was also a Member of Parliament. She was also the mother of acclaimed journalist and novelist Adibah Amin.The National Archives and the RTM Museum helped the production crew with historical documentation.Twenty traditional and contemporary songs have been composed by Nik Nizam for the two-hour musical.Tickets are priced at RM20, RM30 and RM50. Time: 8.30pm. Call 03-6186-6592 or 017-871-6060

Ibu Zain MaTiC @ Sensasi Selebriti

Teater Muzikal Ibu Zain di Matic 13 hingga 22 Mac Ini
http://www.budiey.com/teater-muzikal-ibu-zain-di-matic-13-hingga-22-mac-ini/

Pada 4 Februari lalu jam 3 petang, d Bilik Sidang Media, Istana Budaya telah berlangsung sidang media Teater Muzikal Ibu Zain yang dihadiri oleh pelakon-pelakon utama dan turut diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Mukhriz Mahathir.Dianjurkan oleh Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) dan Aman Malaysia dengan kerjasama CTRA Production, Istana Budaya, Matic, Aswara dan De’Media & Event Entertainment.Muzikal ini diterbitkan oleh Siti Rohayah Attan dan diarah oleh Rosminah Mohd Tahir yang menjadi penulis skrip asal.Muzikal ini pernah dipentaskan pertama kalinya pada 12 hingga 18 Ogos 2008 di Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia ke-51 tahun.



Teater Muzikal Ibu Zain kali kedua ini akan dipentaskan mulai 13 hingga 22 Mac depan di Pusat Pelancongan Malaysia (MTC), Kuala Lumpur di mana terdapat muka lama dan muka baru dalam gandingan musim kedua ini.Mengekalkan teraju utama seperti Liza Othman, Nur Fatimah Abd. Wahab, Tengku Iezahdiyana Nurhanie Tengku Alauddin dan Nurul Syariza Nor Azim sebagai Ibu Zain, turut membintangi pementasan ini adalah Datuk Rahim Razali, Avaa Vanja, Mazin Ameen Siraj, Zaefrul Nordin, Tania Zalina, Sherry Syed Abdullah serta 50 pelakon lain.Namun kali ini, aktres Catriona Ross peran sebagai Miss Ruth tidak menyertai team kali ini kerana mempunyai komitmen lain. Watak Miss Ruth diganti oleh pendatang baru dalam dunia teater, Datin Natasha Hudson. Tidak banyak scene untuk Miss Ruth, cuma 3 scene sahaja tetapi itu satu tanggungjawab besar untuk dipikul.

Datin Natasha Hudson sebagai Miss Ruth

Nur Fatimah sebagai Ibu Zain (dewasa)

Mazin Ameen Siraj sebagai Amin
Sebenarnya, Cat sendiri yang mencadangkan beberapa nama pelakon yang dirasakan mampu menggantikan tempatnya.“Saya anggap tiada rezeki dan sayang untuk lepaskan watak Miss Ruth sebab saya yang memegang karektor itu di dalam muzikal tersebut dulu. Saya tidak dapat berlakon untuk musim kedua ini kerana mendapat tawaran berlakon filem di mana saya dah tandatangan kontrak untuk berlakon filem itu sejak bulan Disember. Jadi, terus saya cadangkan tiga nama iaitu Natasha Hudson, Annahita Bakavoli dan Sharifah Sofea. Selepas itu, mereka memilih Natasha. Saya rasa tak salah mereka memilih Natasha kerana dia bukan sahaja merupakan kawan baik saya malah turut membuka peluang baru kepadanya yang baru pertama kali menceburi bidang teater.”

Ucapan Perasmian Dari Aman Malaysia… Peace!

Siapa Ibu Zain?
Seorang nasionalis yang berjuang untuk kemerdekaan dan menghalau penjajah. Beliau sanggup berjuang ke mana sahaja sehingga ditembak oleh komunis di pahanya. Parut di paha itu dianggapnya sebagai Peta Merdeka.Beliau adalah Ketua kaun Ibu kebangsaan yang kedua atau sekarang dikenali sebagai Pergerakan Wanita UMNO.Beliau seorang tokoh guru yang banyak berjasaBeliau seorang tokoh persuratan dan penulisan.Untuk kali kedua ini, Budiey rasa tak sabar untuk menonton Muzikal ini dipentaskan di lokasi yang lebih kecil tapi Budiey lihat rata-rata pelakon menggendong semangat yang begitu tinggi membara. Selamat berlatih untuk semua.

Wednesday, February 4, 2009

Ibu Zain MaTiC @ MStar Online



27/2/09: Najua Nasir P.Ramlee perlu 'bermajrul' dalam muzikal 'Ibu Zain'
http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/2/27/mstar_hiburan/20090226183112&sec=mstar_hiburan
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

KEDUA-DUANYA tidak pernah mengimpikan watak yang besar mahupun beraksi di pentas teater bersama pelakon-pelakon hebat tanahair seperti Datuk Rahim Razali dan Datuk Jalaluddin Hassan di dalam Muzikal Ibu Zain.
Namun, sudah namanya rezeki dan tuah pelakon yang tidak asing di dalam dunia teater, Najua Nasir P. Ramlee dan Jeffri Haron apabila dapat berlakon dalam muzikal itu walaupun sebagai pengganti.
Bagi Jeffri mahupun Najua, mereka pada mulanya tidak mengetahui akan membawakan watak Datuk Onn Jaafar dan Cikgu Munah namun semuanya secara kebetulan apabila bakat mereka dihidu oleh pengarahnya, Rosminah Tahir.
Muzikal Ibu Zain semasa pertama kali di Istana Budaya dahulu menggunakan khidmat Zaefrul Nordin (Datuk Onn) manakala Tania (Cikgu Munah).
Disebabkan Zaefrul dan Tania tidak dapat memberikan komitmen untuk teater ini lalu menarik diri, maka sebab itu dua watak itu digantikan dengan Najua dan Jeffri.

Jeffri tercabar namun teruja
“Saya orang baru dan tidak dikenali tetapi diberikan watak yang besar. Memang saya akui ia agak mencabar dan dalam masa yang sama menguji kemampuan saya.

“Kebetulan pula, saya akan berlakon dengan orang ternama seperti Datuk Rahim Razali, Datuk Jalaluddin Hassan, Liza Othman yang saya kagumi dan memang nak berlakon dengan mereka ini.
“Apabila saya terlibat satu pentas dengan mereka di dalam Muzikal Ibu Zain, memang ia merupakan peluang keemasan bagi saya. Tak pernah pun saya terfikir dapat berlakon dengan mereka,” luah Jeffri, 31, yang kali terakhir berlakon teater adalah Lantai T. Pinkie pada tahun 2006.
Bercerita tentang bagaimana dia terpilih untuk melakonkan watak Datuk Onn Jaafar:
“Saya bekerja di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Kebetulan, pengarahnya adalah Kak Rosminah Tahir, Dekan Fakulti Teater di ASWARA.
“Jadi, saya selalu mengikuti teater di ASWARA dan pernah berlakon di dalam teater Lantai T. Pinkie arahan Kak Ros termasuk pementasan di Perak.
“Dia tak menawarkan apa-apa watak terlebih dahulu sebaliknya hanya meminta saya menghadiri suatu ujibakat.
“Saya tidak tahu tentang wataknya dan apabila diberi skrip dia berkata ‘Awak kena bawa watak Datuk Onn’. Selepas itu, memang saya sangat terkejut dan terperanjat sehingga tak terkata.
“Sebelum itu, saya hanya bertanya kepada pengurus pentas dan apabila saya berjumpa dengan Kak Ros, terus dia kata kenapa saya tak cuba dulu.
“Dia kata ‘Saya tengok dulu dan selepas melepasi tahap itu, barulah ok’. Kali pertama diujibakat, Kak Ros kata ‘Ok, boleh proceed.’”, kata Pengarah Bahagian Peperiksaan dan Pengijazahan ASWARA ini.


Apabila bercakap tentang perwatakan, Jeffri sendiri agak gusar sekiranya dia gagal menghayati watak Datuk Onn itu.
Bagaimanapun, Jeffri berkata dia akan cuba mencari banyak sumber rujukan agar dapat membawakan watak tersebut dengan baik.
Namun begitu, Jeffri mengalami sedikit kesukaran bilamana tidak banyak bahan simpanan mengenai pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) itu.
“Saya sendiri sedang membuat kajian untuk membawakan watak Datuk Onn seperti banyak membaca bibliografinya dan melihat cara pembawakan Zaefrul dalam pementasan teater Ibu Zain yang pertama dahulu.
“Saya juga melihat cara Zaefrul membawakan watak Datuk Onn di dalam filem 1957: Hati Malaya. Selain itu, saya membuat kajian di Arkib Negara Malaysia.
“Saya bukan nak jadi seperti Datuk Onn tetapi disebabkan beliau merupakan nama besar dan mempunyai identiti sendiri, sekurang-kurangnya saya akan cuba membawa identiti beliau.
“Misalnya, beliau merupakan orang Johor, jadi saya akan membawakan dialek dari segi penyampaian dan pergerakannya. Kiranya sekarang ini saya dalam proses pembelajaran,” ujar pemuda berdarah kacukan Melayu-Cina ini.
Tambahnya, selain daripada rujukan, Jeffri juga mendapatkan tunjuk ajar daripada Rosminah selama mereka berlatih kira-kira dua minggu ini.
“Pengarah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dari segi apa yang perlu ditambah dan dikurangkan.
“Selain itu, saya diajar untuk melontarkan suara dalam nada yang lembut dan perlahan tetapi tegas. Saya rasa latihan ini perlu mengambil jangkamasa yang agak lama juga.
“Disebabkan persembahan muzikal ini pun dah nak dekat, jadi saya akan cuba sesuaikan diri dengan watak serta pelakon lain dengansecepat mungkin dan pertingkatkan cara penyampaian saya,” bual anak jati Johor ini yang akan terlibat di dalam tiga babak muzikal teater terbitan Siti Rohayah Atan ini.
Najua berlakon dari watak biasa ke watak ada nama
“Pertama kali semasa menyertai Muzikal Ibu Zain, saya dipanggil untuk suatu sesi fotografi sebagai kaum ibu.
“Apabila saya berjumpa dengan Cik Ros (Rosminah Tahir), dia bertanya sama ada saya boleh ‘bermajrul’ atau tidak.
“Katanya, terdapat satu babak itu melibatkan seorang cikgu yang perlu ‘bermajrul’. Mula-mula saya minta watak Jemaah yang buat dan selepas itu saya mencuba watak Cikgu Munah itu.
“Selepas itu, terus Cik Ros kata saya perlu membuat sesi fotografi semula dan membawakan watak Cikgu Munah.
“Saya tak sangka dari watak biasa-biasa yang perlu menyanyikan korus lagu, terus saya mendapat satu watak yang ada nama.
“Bagi saya, watak itu merupakan satu cabaran buat saya kerana saya tidak pernah mendapat watak seperti itu.
“Saya ini kan masih muda dan tiba-tiba mendapat watak orang dewasa dan perlu mempunyai ilmu.
“Jadi, saya mungkin akan mempunyai sedikit kesukaran sebab kebanyakan pelakonnya adalah mereka yang pernah terlibat dalam Muzikal Ibu Zain sebelum ini.

“Saya kena kejar mereka dan hafal dengan cepat. Saya cuba mengikut apa yang mereka lakukan, mengkaji semula dan selepas itu saya cuba melakukannya kerana perwatakan Cikgu Munah ini kelakar dan kepoh.
“Sehingga sekarang, saya masih cuba membawakan watak itu selepas menghadiri latihan selama dua minggu,” jelas Najua dengan panjang lebar.
Menurut Najua, ini merupakan kali pertama dia terlibat di dalam Muzikal Ibu Zain dan bekerjasama dengan pengarah Rosminah Tahir.
“Saya tak pernah bekerja dengan Cik Rosminah Tahir sebelum ini dan hanya merupakan pelajarnya di Fakulti Teater.
“Kali terakhir saya terlibat dalam latihan teater di ASWARA adalah teater klasik Mac Bell. Selain itu, saya juga mempunyai pengalaman teater melalui Sanggar Teater Fauziah Nawi (STEFANI) sejak berusia 10 tahun.
“Antara teater yang saya telah jayakan adalah Opera Ayu Chendana, Dari Bintang Ke Bintang dan Muzikal Tok Rimau,” cerita anak Allahyarham Nasir P. Ramlee ini.
Jelas Najua, sebolehnya dia mahu orang di luar sana mengenali bakat lakonannya.
“Saya jarang memegang watak besar dan biasanya hanya bekerja di belakang tabir. Jadi, saya nak cuba buktikan yang saya juga boleh berlakon,” ujar Najua yang turut aktif dalam bidang nyanyian.
Terbaru, Najua menyertai nyanyian di bawah team studio milik Linda Jasmine. Saya juga menyanyi di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Taman Budaya dan ASWARA.
“Biasanya, saya suka menyanyikan lagu-lagu lama seperti lagu rentak ghazal, lagu Arwah Atuk (Allahyarham Tan Sri P. Ramlee), dan lagu sendiri.
“Sebelum ini, saya mempunyai album tetapi tidak menjadi. Antara lagu-lagu yang biasa saya nyanyikan adalah lagu Psurina dan Bukit Bintang.
“Saya menyanyi hanya untuk mengisi waktu lapang seperti waktu malam dan hari minggu,” tutur gadis yang turut meminati Silat Landai ini.
Saksikan Muzikal Ibu Zain di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang mulai 13 hingga 22 Mac ini, pukul 8.30 malam.
Tiket boleh dibeli pada harga RM20, 30 dan 50 di talian 03-6186 6592.
Teater ini dibintangi oleh Liza Othman, Nurfatimah, Datuk Rahim Razali, Datuk Jalaluddin Hassan, Natasha Hudson, dan Avaa Vanja.



Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN


Gandingan pelakon baru dan lama dalam teater muzikal Ibu Zain musim kedua pasti menampilkan kelainan.Foto The Star Oleh: MOHD.SAHAR MISNI


TEATER merupakan satu cabang seni yang berada dalam kelasnya yang tersendiri. Namun disebalik kebangkitannya sebagai wadah seni, aktivis teater mula mengeluh kerana penerbitan teater yang besar dikatakan 'membunuh' teater kecil yang tidak mempunyai dana.
Menurut penerbit teater Ibu Zain musim ke-2, Rosminah Tahir mementaskan teater bukan kerja kecil kerana selain memerlukan kreativiti minda soal dana sentiasa menghantui mereka.
"Memang setiap kali sebelum pementasan berlangsung, produser teater akan berasa takut jika teater mereka tidak mendapat sambutan. Lalu mereka mengharapkan dana untuk membantu jualan tiket. Ada penonton kita pergi menyaksikan teater secara percuma dan ada juga yang berbayar.
"Senario ini berbeza dengan penonton di luar negara dimana mereka sanggup membayar tiket dengan harga yang mahal untuk menyaksikan teater yang diminati. Ini kerana mereka menghargai nilai teater itu sendiri serta menyokong perkembangannya.
"Realitinya, kebanyakan teater kecil mendominasi persekitaran teater di negara kita tetapi teater besar sebenarnya membunuh teater kecil yang tidak mempunyai dana,” katanya.
Kata Rosminah lagi, kita tidak sepatutnya menunding jari kepada produksi luar negara yang diberi kesempatan ke negara ini kerana tamadun dan karya mereka berkembang lebih awal.
"Penerimaan masyarakat terhadap teater antarabangsa sama seperti apa yang berlaku pada filem dan muzik. Sebenarnya kita mempunyai ramai aktivis teater yang mampu berkarya dengan baik namun faktor tuntutan hidup membuatkan mereka mengubah haluan mencari pekerjaan lain," ujar Rosminah yang dilebih dikenali dengan panggilan Kak Ros.
Jelasnya lagi, untuk teater terus bernafas dana masih diperlukan terutamanya sumbangan daripada pihak penaja yang dapat membantu teater baru dihasilkan.


Penyanyi Nur Fatima membawakan watak sebagai Ibu Zain ketika dewasa.


"Kesedaran masyarakat secara menyeluruh juga penting supaya sambutan berterusan," katanya.
Sementara pengarah teater Ibu Zain, Siti Rohaya Atan pula berpendapat sokongan penaja penting terutamanya untuk menampung penerbitan sesebuah teater.
Dengan mengambil contoh teater muzikal Ibu Zain yang dipentaskan di Istana Budaya pada Ogos tahun lalu, kos keseluruhan mencecah RM1 juta manakala teater Lantai T. Pinkie yang dipentaskan pada 2006 membelanjakan RM1.2juta.
"Setahu saya belum ada produksi tempatan meraih keuntungan hanya dengan hasil jualan tiket. Ia sebenarnya hanya mampu menampung 20 hingga 30 peratus kos keseluruhan.
"Justeru saya, cadangkan kerajaan menerusi Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan mewujudkan satu skim atau dana khusus untuk aktivitis teater seperti dana filem yang diperkenalkan oleh Perbadanan Filem Nasional (Finas).
"Saya percaya sudah tiba masanya kerajaan memikirkan secara serius hal ini kerana aktivitis teater sudah penat ’mengemis’ untuk mencari dana,” katanya.
Bagi Rohaya yang lebih dikenali dengan panggilan Kak Roy ini teater muzikal Ibu Zain musim ke-2 akan kembali penonton pada 13 hingga 22 Mac ini di Malaysia Tourism Centre.
Menariknya pementasan kali ini merupakan anjuran Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) dengan kerjasama Aman Malaysia.
Kata kak Roy lagi, pementasan kali ini diadakan semula atas sambutan hangat daripada penonton tahun lalu dan sebagai usaha mengenang kembali jasa serta perjuangan tokoh wanita iaitu, Zainun Munshi Sulaiman atau Ibu Zain.
Empat pelakon baru diperkenalkan
Pementasan yang mengambil masa lebih dua jam ini masih mengekalkan plot penceritaan yang sama kerana ia merupakan cerita berdasarkan fakta.
Namun pementasan kali ini menampilkan beberapa pelakon baru disamping props pentas yang sedikit berbeza.
Empat pelakon baru diperkenalkan adalah, Datuk Jalaluddin Hassan sebagai Pandak atau Ungku Omar menggantikan pelakon asal, Hisham Ahmad Tajuddin, Datin Natasha Hudson (Miss Ruth, menggantikan Catriona Ross), Zuhairi Ibrahim sebagai Yunus menggantikan Shahrul Nizam dan Hamzah Tahir (Syed Sheikh Al Hadi menggantikan Mazlan Tahir).
Pertukaran watak juga berlaku membabitkan Nurul Elfira Loy sebagai Ibu Zain ketika remaja, Nurul Syariza Nor Azim melakonkan watak anak Ibu Zain, Adibah Amin manakala Farah Batrisyia Ahmad Salman menjadi Ibu Zain ketika kanak-kanak.
Pelakon asal yang masih dikekalkan ialah Liza Othman sebagai Ibu Zain ketika tua, Datuk Rahim Razali (Munshi Sulaiman), Nur Fatimah Abdul Wahab (Ibu Zain dewasa), Tania Zalina Zainal Abidin (Cikgu Munah), Sherry Abdullah (Cikgu Jumilah), Farah Adila Apandi (Cikgu Ramlah), Ava Vanja (Miss Shelleber) dan Mazin Ameen Siraj (Amin). Bagi watak Datuk Onn Jaafar pula ia masih dicari selepas pelakon Zaeful Nordin menarik diri.
Bagi penyanyi Nur Fatima, dia gembira ketika ditawarkan semula kerana melihat peluang tersebut sebagai satu kepercayaan daripada pihak produksi kepadanya.
Katanya, walaupun membawakan watak yang sama cabarannya, tetap ada. Berpeluang membawakan watak Ibu Zain ketika dewasa memaksa dia membuat rujukan daripada pembacaan bahan sejarah mengenai tokoh wanita itu.
"Semangat saya untuk berlakon teater ini kali kedua semakin bertambah. Sebenarnya agak sukar membawakan watak ini kerana saya tidak boleh menjadi diri sendiri.Meskipun Ibu Zain sudah tiada tetapi perjuangannya tetap dikenang kerana beliau seorang yang cekal dan lantang bersuara.
"Setelah hampir lapan tahun saya tidak berlakon teater yang kali terakhir dalam teater Tun Perak pada tahun 2000. Saya berazam mahu memberikan lakonan yang lebih baik dalam pementasan kali ini," ujar Fatima.



5/2/09: Natasha tidak kekok bawa watak guru Kristian Miss Ruth
Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN
http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/2/5/mstar_hiburan/20090205103337&sec=mstar_hiburan


Natasha teruja berlakon teater.Foto The Star Oleh:MOHD SAHAR MISNI.


AGAKlama menyep dari industri hiburan, pelakon dan model jelita, Datin Natasha Hudson kembali menjengah ke pentas lakonan dan kali ini dia membuat penampilan sulung di pentas teater.
Lebih istimewa Natasha akan membawakan watak sebagai Miss Ruth dalam teater sejarah, Ibu Zain.
Biarpun agak gementar kerana tidak punya pengalaman namun dia tetap memberanikan diri mencuba sesuatu yang belum pernah dibuatnya sebelum ini.
Menceritakan mengenai tawaran yang diterimanya itu, nyata gadis yang berasal dari Ipoh, Perak ini tidak kisah biarpun dia dipilih bagi menggantikan pelakon, Catriona Ross bagi watak Miss Ruth.
"Saya tahu memang watak Miss Ruth dalam teater Ibu Zain ini yang Cat bawa musim lepas. Lagipun dia (Cat) yang mencadangkan nama saya kepada pengarah, Kak Siti Rohaya (Kak Roy).
"Bagi saya soal ganti atau tidak, bukan masalah utama tapi apa yang dipersembahkan nanti akan menjadi lebih penting dan orang akan menilai kita dari sana.
"Rabu minggu lepas masa Kak Roy call saya dan bagitau tentang tawaran ini, saya fikir, eh betul ke ni, saya dapat tawaran berlakon teater?
"Memang tidak dinafikan agak takut dan gementar jugak masa awal-awal berlakon teater ini, tapi sebab saya dah rindu sangat nak berlakon jadi saya fikir inilah peluang yang terbaik untuk saya membuat comeback dalam industri. Lagipun suami yang banyak memberi dorongan dan galakan supaya saya terima tawaran ini," katanya yang ditemui di sidang media pelancaran teater Ibu Zain di Istana Budaya semalam.



Natasha sebagai Miss Ruth dalam teater Ibu Zain musim ke-2.


Menceritakan lebih lanjut mengenai watak yang bakal dilakonkannya itu, Natasha berkata dia memang teruja membawa watak tersebut.
"Biarpun watak Miss Ruth seorang guru berbangsa Kristian, namun satu yang istimewa mengenainya adalah dia seorang yang menyokong perjuangan Ibu Zain.
"Dia tidak menyokong British ketika itu biarpun dia berbangsa Inggeris. Jiwanya kental dan membantu perjuangan Ibu Zain.
"Baginya pendidikan dan wanita merupakan dua perkara penting yang perlu diperjuangkan untuk menjadi sebuah bangsa yang berjaya,"ujar pelakon yang pernah membintangi filem Chermin ini.



Barisan pelakon teater Ibu Zain musim kedua terdiri daripada Datin Natasha Hudson, Nur Fatima, Datuk Jalaluddin Hassan,Zaefrul Nordin,Zuhairi Ibrahim,Mazin Ameen.


Jelasnya lagi, dia sudah bersedia menerima kritikan dari pihak media.
Bagi wanita kacukan Melayu-Australia ini, peristiwa diboikot pihak media gara-gara tidak membenarkan media membuat liputan terhadap majlis perkahwinannya sedikit masa lalu dijadikan sebagai iktibar dan pengajaran yang berguna buat dirinya.
Tidak menafikan yang kontroversi itu hampir melemahkan semangatnya untuk meneruskan karier seni, Nastasha memberitahu dengan adanya sokongan yang berterusan dari suami dan keluarganya dia masih mampu bertahan hingga ke hari ini.
Malah katanya lagi, dunia seni sudah sebati dalam dirinya dan sukar baginya untuk meninggalkan dunia itu walaupun penuh dengan onak duri.
Walaupun teater bidang yang agak baru ibu muda ini melihatnya sebagai satu platform untuk memperbaiki gaya lakonannya.
"Pentas teater banyak membantu memperbaiki cara lakonan dari segi penghayatan watak, penghafalan skrip, voice projection dan saya rasa ia sangat banyak membantu dan memberi ilmu kepada saya sebagai pelakon.
"Bagi saya teater menuntut skill lakonan dalam pelbagai cara dan aksi yang dilakonkan itu nampak lebih hidup tanpa disunting oleh pengarah," ujar Natasha yang lebih dikenali dengan panggilan Tasha.
Jelas isteri kepada Datuk Shahrin Zahari ini, dia banyak membuat penyeledikan mengenai watak Miss Ruth melalui pembacaan buku sejarah, melihat semula gaya lakonan Cat sebelum ini dan bertanya kepada suaminya yang punya latar belakang dalam bidang politik.
"Saya tak nafikan memang saya banyak buat research untuk menghayati watak ini. Bagi saya watak ini, bukan terlalu susah dan bukan terlalu senang untuk dibawa. Dari segi bahasa memang dia guna Bahasa Inggeris cuma dia ada loghat 'Mat Saleh’ dari segi lenggok bahasa yang digunakan itu agak payah sikit," katanya.

Bahagia bersama puteri sulung
Bercerita tentang kehidupan peribadinya, Natasha memberitahu yang hidupnya kini lebih tenang dan bahagia selepas berkahwin.
Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata pertamanya, Nessa Helena Shahrin,8 bulan, sebagai penyeri yang melengkapkan lagi rumah tangganya.
"Hidup saya kini dah banyak berubah. Kehidupan sekarang lebih tenang dan menggembirakan. Sejak ada anak ni, saya rasa hidup semakin lengkap. Tapi ada kalanya, rasa macam tak percaya yang saya dah jadi ibu.
"Komitmen dan tanggungjawab pun semakin berat, kerana banyak perkara yang harus saya lakukan. Selain jaga anak, saya juga kena uruskan rumah tangga.
"Agak lama saya tak berlakon hampir lapan bulan dalam tempoh masa itu saya sibuk menjaga puteri sulung saya kerana dia menyusu badan dan agak payah untuk tinggalkan dia dan sehingga hari ini pun dia masih menyusu badan,” ujar Natasha ceria.
Bagi pelakon yang pernah merangkul angugerah pelakon harapan pada FFMke-21 ini, antara sebab dia menerima tawaran teater adalah kerana dari pembahagian masa untuk membuat latihan adalah singkat berbanding berlakon filem dan drama.
"Setiap hari hanya empat dan lima jam sahaja saya berlatih untuk teater. Lagipun, tak sampai hati nak tinggalkan dia lama semata-mata untuk penuhi keinginan saya (berlakon). Keutamaan saya sekarang ialah `anak' dan keluarga. Soal karier seni pula jatuh nombor dua.
"Walaupun ada pembantu rumah, saya lebih senang uruskan anak sendiri, sebab saya tak mahu dia terlalu rapat dengan pembantu rumah dan biarlah saya nak rasa susah payah jaga anak sendiri," luah Natasha.


4/2/2009: Muzikal Ibu Zain 2: Catriona anggap tiada rezeki, Nur Fatimah seronok
http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/2/4/mstar_hiburan/20090204100828&sec=mstar_hiburan

Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
MUZIKAL Ibu Zain kembali dipentaskan mulai 13 hingga 22 Mac depan di Pusat Pelancongan Malaysia (MTC), Kuala Lumpur di mana terdapat muka lama dan muka baru dalam gandingan musim kedua ini.
Mengekalkan teraju utama seperti Liza Othman, Nur Fatimah Abd. Wahab, Tengku Iezahdiyana Nurhanie Tengku Alauddin dan Nurul Syariza Nor Azim sebagai Ibu Zain, turut membintangi pementasan ini adalah Datuk Rahim Razali, Avaa Vanja, Mazin Ameen Siraj, Zaefrul Nordin, Tania Zalina, Sherry Syed Abdullah serta 50 pelakon lain.
Bagi aktres Catriona Ross yang tidak dapat turut serta kerana mempunyai komitmen lain terpaksa melepaskan watak Miss Ruth kepada pendatang baru dalam dunia teater, Datin Natasha Hudson.
Jika tidak, pastinya Catriona atau Cat akan ‘turun padang’ untuk sama-sama menjayakan muzikal ini.
Disebabkan tempatnya perlu mempunyai pengganti, Cat terus mencadangkan beberapa nama pelakon yang dirasakan mampu menggantikan tempatnya.
“Saya anggap tiada rezeki dan sayang untuk lepaskan watak Miss Ruth sebab saya yang memegang karektor itu di dalam muzikal tersebut dulu.
“Saya tidak dapat berlakon untuk musim kedua ini kerana mendapat tawaran berlakon filem di mana saya dah tandatangan kontrak untuk berlakon filem itu sejak bulan Disember.
“Jadi, terus saya cadangkan tiga nama iaitu Natasha Hudson, Annahita Bakavoli dan Sharifah Sofea. Selepas itu, mereka memilih Natasha.
“Saya rasa tak salah mereka memilih Natasha kerana dia bukan sahaja merupakan kawan baik saya malah turut membuka peluang baru kepadanya yang baru pertama kali menceburi bidang teater,” ujar Cat yang masih merahsiakan tajuk filem lakonannya mulai hujung Februari ini.
Filem ini merupakan filem pertama Cat membawakan watak utama selepas berpengalaman melakonkan tiga buah filem lain.
Antara filem yang dilakonkan oleh Cat adalah Mistik, Qabil Khusry Qabil Igam dan Chermin.
Nur Fatimah seronok diberi kepercayaan
Dalam pada itu, pelakon, penyanyi, komposer dan penulis lirik Nur Fatimah berasa teruja apabila mendapat tahu tentang berita Muzikal Ibu Zain bakal dipentaskan semula.
“Saya berasa seronok sebab diberikan kepercayaan buat kali keduanya.
“Walaupun sebelum ini saya mendapat komen positif daripada kawan-kawan, saya merasa susah dan takut juga untuk melakonkan watak yang agak berat iaitu Ibu Zain kerana saya perlu membawakan watak seorang tokoh yang disegani ramai.
“Lagipun, saya perlu menyanyi dalam enam hingga tujuh buah lagu dan berdialog secara langsung.
“Memanglah saya sudah mempunyai pengalaman sebelum ini tetapi bagaimanapun saya tetap merasakan cabarannya kerana perlu mengekalkan seperti yang diharapkan oleh semua atau berikan lebih lagi daripada itu.
“Jadi, saya cuba memberikan komitmen penuh setiap kali menjalankan latihan teater,” kata Nur Fatimah.
Beliau akur dengan pertukaran lokasi pementasan muzikal ini kerana sebelum ini Muzikal Ibu Zain di pentaskan di Istana Budaya namun kali ini ia berubah tempat ke MTC.
“Dari segi pertukaran set, saya rasakan mungkin di Istana Budaya lagi canggih dan besar.
“Namun, saya juga mempunyai pengalaman berlatih teater di MTC sejak zaman kanak-kanak lagi.
“Jadi, saya sudah biasa dengan kedua-dua tempat itu. Oleh itu, saya boleh agak dari segi perubahan set dan menyesuaikan diri dengan keadaan di situ.
“Bagi saya, jika dipentaskan di Istana Budaya, risikonya amat tinggi apabila set tidak dapat beroperasi dan sebagainya.
“Bagaimanapun, kedua-dua tempat ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing dan sebagai pelakon, memang penting untuk kita sesuaikan diri dengan mana-mana tempat,” ulasnya yang turut melakukan kerja-kerja penerbitan lagu di studio.
Terbaru, Nur Fatimah sedang membikin lagu untuk penyanyi Jaafar Onn dan pendatang baru, Hesni yang bakal diterbitkan dalam bulan ini.
Sebelum ini, Nur Fatimah juga telah bertindak selaku penerbit lagu Cinta Suci di dalam album terbaru penyanyi Misha Omar.