Ibu Zain the Musical : Emas Tempawan

Ibu Zain MaTiC PC @ The Star Online TV

Ibu Zain Matic @ Chopie's www.lemon9.com

Sunday, February 15, 2009

Ibu Zain MaTIC @ Murai.com


20/2/09: Sampai Bila Teater Harus Mengemis



Masalah dana atau kewangan seringkali membantutkan usaha penggiat teater tempatan untuk mementaskan karya baru terbitan atau arahan mereka.Kemelut ini turut membelenggu Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM). Biarpun sudah berjaya mementaskan serta menerbitkan lebih kurang 20 teater di seluruh Malaysia termasuklah Lantai T.Pinkie, Nyonya, Dejavu serta Anugerah, namun mereka sendiri terpaksa berhadapan dengan kesukaran untuk mendapatkan penajaan.Terbaru, PPWM bakal menjayakan pula pementasan kedua teater Muzikal Ibu Zain di Pusat Pelancongan Malaysia (MTC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 13 - 22 Mac ini.Sekali lagi mereka terpaksa berhadapan dengan cabaran yang sama. Bukan tidak ada syarikat atau badan korporat seperti Yayasan Al-Bukhary, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Naza, Puncak Niaga, Tenaga Nasional serta United Engineers Malaysia (UEM) yang menghulurkan sokongan serta bantuan sebelum ini, namun sampai bila?
Presiden PPWM, Siti Rohayah Attan atau Roy sewaktu diwawancara berkata, bagi mengatasi masalah yang seringkali membelenggu karyawan teater ini, dia ingin mencadangkan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan (KPKKW) untuk mewujudkan satu skim atau dana khusus bagi aktivis teater."Skim atau dana ini lebih kurang sama seperti dana filem untuk karyawan filem menerusi Finas. Setidak-tidaknya dengan adanya dana itu, aktivis teater tidak perlu lagi menumpang belas kasihan daripada peruntukan Istana Budaya atau Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara."Selama ini, aktivis teater sering dibantu oleh 2 agensi di bawah KPKWW ini dari sudut mengurangkan kos penyewaan dewan milik KPKKW, kemudahan tempat latihan, kemahiran krew, kepakaran teknikal serta beberapa perkara lain."Soalnya sampai bila bantuan seperti ini akan diberikan sedangkan kedua-dua agensi ini juga mempunyai komitmen mereka yang tersendiri. Saya percaya sudah tiba masanya untuk kerajaan memikirkan secara seruis tentang hal ini."Lagipun, kalau ditanyakana kepada penggiat teater lain, mereka sebenarnya sudah penat mengemis untuk mencari dana yang bukannya sedikit. Sekali, 2 kali atau 3 kali mungkin syarikat atau korporat akan membantu tetapi akhirnya mereka pun penat juga untuk menghulur," katanya.Menurut Roy lagi, mementaskan teater bukanlah satu kerja atau tugasan yang kecil kerana ia memerlukan kreativiti minda serta kerja berpasukan yang ramai, selain bajet yang besar."Sewaktu mementaskan Muzikal Ibu Zain di Istana Budaya pada Ogos la;u, kos keseluruhannya mencecah sebanyak RM1 juta, manakala Lantai T Pinkie yang dipentaskan pada 2006 pula menelan belanja sebanyak RM1.2 juta."Kali ini, dengan 10 hari persembahan Muzikal Ibu Zain di MTC, ia memerlukan kos sebanyak RM300,000. Ini adalah kos paling minimum yang digunakan bagi sebuah pementasan besar yang melibatkan hampir 100 tenaga pekerja."Semuanya ini tidak mungkin akan dicapai sekiranya tidak ada sokongan daripada pelbagai pihak untuk menjadi penaja dan setahu saya, di Malaysia, belum ada lagi produksi teater yang meraih keuntungan dengan hanya berdasarkan kepada jualan tiket."Saya pasti, belum ada. Sebaliknya, hasil jualan tiket itulah yang mungkin akan digunakan untuk menampung 20 hingga 30 peratus kos keseluruhan pembikinan bagi sesebuah pementasan teater," katanya lagi.Jelas Roy lagi, dia berharap semua pihak akan dapat memikirkan perkara ini sedalamnya."Walaupun kita tidak seharusnya menjadi masyarakat subsidi lagi tetapi kita juga harus berfikir tentang usaha untuk memartabatkan budaya bangsa. Bagaimana pula dengan teater yang berkepentingan nasional dan menampilkan tokoh politik yang telah berjuang untuk memerdekakan negara. Apakah ini tidak penting?"Fikirkanlah juga, mengapa pelakon utama teater di Istana Budaya hanya dibayar RM6,000 hingga RM8,000 untuk persembahan selama 10 malam dengan latihan selama 60 hari?"Bandingkan dengan pelakon utama drama yang memperolehi RM6,000 hingga RM8,000 untuk shooting selama 7 hari saja? Orang kata teater lebih gah dan brprestij tetapi itulah fenomena sebenarnya. Ia hanya gah pada nama tetapi miskin dari sudut bantuan atau dana khas," katanya.Muzikal Ibu Zain yang membariskan nama besar seperti Datuk Rahim Razali, Datuk Jalaluddin Hassan, Datin Natasha Hudson, Liza Othman, Hamzah Tahir dan Nurfatima ini turut mendapat sokongan daripada Istana Budaya, Matic, Aswara serta De' Media & Event Entertainment
8/2/09: Natasha Akui Sedih Pernah Kena Boikot
http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=3437&c=1&s=1
Oleh: Ellyna Ali

KUALA LUMPUR, 8 FEB 2009: Kisahnya lebih kurang sama dengan Fasha Sandha - pernah dilanda kontroversi dan diboikot wartawan hiburan tempatan. Semuanya gara-gara tidak membenarkan mereka membuat liputan di majlis perkahwinannya bersama Dato' Shahrin Zahari di Carcosa Seri Negara, satu ketika dulu.Sewaktu hendak mempromosikan buku puisinya, My Heart, My Soul, My Passion serta Puisi Indah Si Pari-Pari, dia sanggup tebalkan muka untuk berjumpa dengan wartawan hiburan bagi mendapatkan publisiti.Itulah Datin Natasha Liana Hudson yang kini sudah pun dikurniakan seorang anak bernama Nessa Halena, 8 bulan.Ketika ditemui baru-baru ini, aktres yang pernah membintangi filem Chermin, Sumolah serta Tipu Kanan Tipu Kiri itu mengakui bahawa peristiwa diboikot wartawan hiburan dulu adalah kenangan yang cukup pedih buat dirinya.
"Sewaktu kejadikan itu berlaku, saya lebih gemar mengambil sikap berdiam diri dan tidak mahu beri apa-apa komen. Rasanya lebih baik begitu kerana saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk menanganinya."Tapi ada sebab kenapa saya buat begitu (tidak benarkan wartawan membuat liputan majlis perkahwinannya). Terlalu banyak sangat benda yang berlaku pada diri saya ketika itu. Saya bercerai dan kemudian berkahwin lagi. Ia bukan saja hal yang terlalu peribadi buat diri saya tapi cukup sensitif buat keluarga saya. "Lama-kelamaan keadaan sudah jernih semula. Mungkin sebab saya tahu bagaimana untuk berhadapan kembali dengan wartawan. Saya sedar semua orang buat silap dan saya telah belajar kesilapan saya itu," katanya.Pemenang Aktres Harapan Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-20 menerusi Chermin ini juga bakal muncul dengan pementasan musim kedua teater muzikal Melayu pertama iaitu Ibu Zain.Diarahkan sekali lagi oleh Rosminah Tahir, Ibu Zain terbitan Persatuan Penulis Wanita Malaysia serta Aman Malaysia ini menampilkan Natasha sebagai Miss Ruth iaitu watak yang pernah dibawakan Catriona Ross dalam pementasan musim pertama tahun lalu."Terus-terang saya katakan saya memang rasa berdebar-debar apabila ditawarkan untuk berlakon dalam teater muzikal ini. Sebelum ini saya hanya berpengalaman berlakon teater di pentas sekolah saja."Tapi, apabila difikirkan balik, saya rasa rugi juga kalau saya lepas peluang ini sebab saya memang sudah lama teringin berlakon teater. Saya bukan saja mahu memperbaiki mutu lakonan saya tetapi ingin melihat sejauh mana kemampuan saya beraksi secara langsung di depan penonton."Secara peribadi saya memang sukakan sejarah. Waktu di sekolah dulu, sejarah adalah antara subjek yang menjadi kegemaran saya dan saya kagum dengan Ibu Zain sebagai tokoh wanita," katanya yang membuat latihan 5 jam sehari.Digandingkan bersama nama-nama besar dalam dunia teater seperti Datuk Rahim Razali, Datuk Jalaluddin Hassan, Hamzah Tahir, Zaefrul Nordin serta Liza Othman, Natasha mengakui dia agak gementar apatah lagi apabila terpaksa menyanyi 2 lagu."Saya turut meminta bantuan Kak Liza Othman. Saya mahu cuba bersungguh-sungguh kerana tidak mahu kecewakan Catriona Ross dan Melissa Saila. Merekalah yang mencadangkan nama saya sebagai Miss Ruth kepada produksi teater ini," katanya.Teater Ibu Zain yang bakal dipentaskan pada 13 - 22 Mac ini di MTC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur itu turut mendapat sokongan daripada Istana Budaya, Matic, Aswara serta De' Media & Event Entertainment.

No comments: