Ibu Zain the Musical : Emas Tempawan

Ibu Zain MaTiC PC @ The Star Online TV

Ibu Zain Matic @ Chopie's www.lemon9.com

Tuesday, February 17, 2009

Ibu Zain MaTiC @ Sinar Harian

18/2/09: Muzikal Ibu Zain kembali di MTC
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story2458077.asp

SAMBUTAN hangat dari peminat seni teater tanah air terhadap Teater Muzikal Ibu Zain yang pernah dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, pada Ogos tahun lalu mendorong teater ini dipentaskan sekali lagi. Bermula 13 hingga 22 Mac depan, teater yang mengetengahkan jasa dan budi serta perjuangan tokoh wanita yang bernama Ibu Zain ini akan dipentaskan pula di Pusat Pelancongan Malaysia (MTC), Kuala Lumpur. Teater yang dianjurkan oleh Persatuan Penulis Wanita Malaysia, (PPWM) dan AMAN Malaysia ini turut mendapat kerjasama dari CITRA Production, Istana Budaya, MTC, ASWARA dan De’Media & Event Entertainment. “Keringat dan perjuangan Ibu Zain amat penting diketahui oleh generasi hari ini supaya mereka memahami erti Negara Bangsa yang sebenarnya. Jika tokoh seperti ini tidak diangkat dalam agenda seni, ia tentu akan dilupai begitu saja dari lipatan sejarah dan memori masyarakat negara ini,” kata Siti Rohayah Attan, selaku penerbit teater tersebut yang ditemui pada sidang media di Istana Budaya baru-baru ini.
Penampilan istimewa Natasha Hudson & Datuk Jalaluddin Hassan
Teater arahan Rosminah Mohd Tahir ini masih diterajui pelakon utama seperti Liza Othman, Nur Fatimah Abd Wahab, Tengku Iezahdiyana Nurhanie Tengku Alauddin dan Nurul Syariza Nor Azim sebagai Ibu Zain, Datuk Rahim Razali, Avaa Vanja, Mazin Ameen Siraj, Zaefrul Nordin, Tania Zalina, Sherry Syed Abdullah serta ramai lagi pelakon lain. Turut membintangi teater ini ialah Datuk Jalaluddin Hassan dan Datin Natasha Hudson yang julung kalinya akan beraksi di pentas teater. “Untuk pementasan kali ini, saya rasa semua pelakon dah pun bersedia lagipun kita masih mengekalkan banyak pelakon asal. Kita juga berharap dengan kemunculan Datuk Jalaluddin Hassan sebagai Pandak atau Ungku Umar dan Datin Natasha Hudson sebagai Miss Ruth bagi menggantikan tempat Catriona Ross dapat memberi impak yang lebih baik pada teater ini. “Dari segi kualiti set dan peralatannya, di MTC ini lebih ekonomi berbanding di Istana Budaya dulu. Kalau dulu kita kena keluarkan kos sehingga RM900,000 untuk buat pementasan di IB, tapi kali ini kita hanya keluarkan separuh sahaja kos. “Penari juga dikurangkan kerana dewan pementasan di MTC tidaklah sebesar di IB. Kalau dulu kita guna 40 penari, tapi kali ini sudah memadai dengan 20 penari. Malah pentas ini juga lebih dekat dengan penonton,” kata Siti Rohayah

No comments: